Wednesday, January 13, 2010

Pesak Gantung untuk Haryati

Assalamualaikum w.r.t...

Ada empat pasang lagi kurung pesak gantung yang sedang dikerjakan. Haryati memang suka kurung pesak gantung. Akak pun kebelakangan ini sudah pun 'tersuka' membuat baju kurung fesyen ini untuk diri akak sendiri. Kurung ini memang selesa dipakai dan menjahitnya juga jimat masa sebab tidak perlu kekek. Harapan agar akak boleh siapkan secepat mungkin kerana ada banyak lagi kain sedang menunggu.

Gambar di bawah pula menunjukan dua pasang baju kurung pesak gantung berserta skirt kurung songket dan organza berlining yang telah siap dan telah pun bertukar tangan kepada tuanpunya baju. Cantik-cantik kainnya. Terima kasih kepada Haryati kerana memberikan kepercayaan kepada akak untuk menjahit baju-baju tersebut.


.













Also Kurung Moden untuk Nana

Assalamualaikum w.r.t...

Kain Ciffon warna pink corak abstract tanpa lining. Dijahit teliti dengan leher kemasan pelapik dan lengan bercuff satu inci satu butang.





Tuesday, January 12, 2010

Kurung Moden untuk Nana

Assalamualaikum w.r.t....

Selamat tahun baru! Semoga di tahun ini anda semua bertambah ceria dan gembira selalu.
Berikut ialah sebahagian daripada gambar yang sempat akak ambil sebelum baju-baju tersebut sampai ke tangan tuanpunya baju.
Kain Ciffon nipis dan lembut berwarna kelabu. Atas permintaan Nana baju kurung moden berbelah tepi ini tidak perlu lining.






Monday, December 21, 2009

Salam Maal Hijrah 1431





Tuesday, November 24, 2009

Tudung Beauty Kak Long Bie di Hari Pertunangan

Assalamualaikum w.r.t....



Teristimewa untuk Kak Long Bie, anak buah akak yang berkenan sangat dengan tudung beauty lalu meminta akak membuat satu untuk dipakai di hari pertunangannya pada hari Sabtu 21/11/2009 yang lepas. Inginkan warna jambu sepadan dengan persalinan yang ditempahnya sendiri.

Untuk tudung beauty yang julung-julung akak buat ini, akak menggunakan dua tone jambu inner light yang dihiasi dengan bling-bling manakala tudung beauty pula warna jambu dark tone.

Tepi tudung akak hias dengan potongan bunga-bungaan sulam manik organza. Macam pengasas tudung beauty ini Izan, Beauty ND Beads cakap, kita kena trim dulu tepi bunga-bunga tersebut sebelum jait.
A BIG TQ especially for you Izan for the useful tips and brilliant ideas.

Inilah hasilnya.....


dan Kak Long Bie kelihatan sungguh ceria pada hari itu.




Sempat bergambar bersama bonda. Anak cucu sulung "satu poghut" lah katakan.



Sunday, November 15, 2009

Kurung Moden Chi2 - New*

Harga Tempahan = RM45.00 sahaja sepasang.








Kurung Moden Chi2 - New*