Friday, October 28, 2011

OUTTT>>STANNNDINGGG

Assalamualaikum w.r.t...

MAKLUMAN

Kepada adik-adik yang akak kasihi.

1. Semasa akak mengemaskini barang-barang jahit, kain-kain yang banyak terlonggok di atas rak dan juga di dalam kotak, akak terjumpa beberapa pasang kain yang belum di jahit. Kain-kain tersebut telah dimaklumkan oleh tuannya kepada akak tunggu dulu kerana belum pasti lagi fesyen apa nak buat dan lagi katanya kain tak busuk atau rosak. Ada juga customer yang hantar sms kepada akak untuk mengambil baju, tetapi tidak juga datang. Nombor talifon sudah bertukar. Email juga tidak berjawab. Sepi!

2. Terdapat juga beberapa pasang baju yang belum diambil. Deposit dah bayar kain di tempah sehingga enam pasang, tetapi bila baju sudah siap sepi hingga kini. Tidaklah akak mengetahui samada hendak diambil atau hendak akak simpan lebih lama lagi.

3. Ada juga yang menempah baju sehingga lapan pasang. Bila tempahan siap wang pula tidak cukupi. Ada ke minta akak letakan baju siap ke dalam kotak depan rumah tanpa menyerah tangan ke tuannya dan tanpa bayaran apa-apa hanya dengan janjinya - "bayaran dibuat secara bank-in ke akaun esok-esoklah". Banyak amaunnya walaupun selepas diskaun. Ini macam orang pun ada.

4. Akak bukanlah jenis yang suka membuang masa mengejar adik-adik supaya mengambil tempahan yang telah siap secepat mungkin. Apalah salahnya kalau beritahu akak supaya "hold" dulu melalui email atan sms.

5. Akak ingin tekankan disini bahawa telah menjadi tanggungjawab kamu untuk mengambil baju yang telah siap dijahit tersebut. Kos upah hanya pada baju sahaja. Tidak termasuk menghantar ke depan rumah.

6. Oleh itu kepada yang masih mempunyai baju "unclaim", kain "unclaim" (belum buat keputusan fesyen apa hendak dijahit, hendak akak simpan kain lama-lama atau dah tukar fikiran tidak hendak akak jahit lagi). Silalah email ke :khatysew@gmail.com untuk langkah seterusnya.

7. Bukanlah hak untuk akak mengambil atau mem"punya"kan baju dan kain tersebut. Tetapi jika sudah lama tersimpan sehingga empat lima tahun sampai ruang nak letak barang pun tidak cukup menjadi hak akak untuk membuat sesuatu kepada baju dan kain tersebut. Hendak buat apa yerr???

8. Tempoh. Akak memberi tempoh sehingga hujung tahun ini iaitu...31/12/2011. Selepas daripada itu akak minta maaf banyak-banyak. Segala pertanyaan pasal baju atau kain tersebut tidak akan dilayan. Akak tak rugi apa-apa.

9. Sebenarnya bagi akak menjahit merupakan hobi yang paling akak suka. Tetapi tidaklah sehingga ianya menjadi sesuatu yang melalaikan kita.

Sekian lapuran dari bilik jahit ..


Kak Khaty



suka bilik jahit ni..suka..suka..suka!



http://bendingpins.com/2011/01/01/sewing-revealed/

Wednesday, October 5, 2011

In the process of cleaning up the house





foto ihsan google.
Jumpa Lagi!
Salam Sayang dari....


Kak Khaty
Bandar Baru Ampang
Selangor

HARGA TEMPAHAN

Assalamualaikum,



1. BAJU KURUNG BIASA LEHER KEMASAN PIPING : RM50.




2. BAJU KURUNG PIPING : RM 60




3. BAJU KURUNG LINING FULL : RM 90




4. BAJU KURUNG PESAK GANTUNG : RM 60




5. BAJU KURUNG RIAU : RM 60




6. BAJU KURUNG PAHANG : RM 70




7. BAJU KEBAYA KAIN LIPAT BATIK : RM 80




8. BLOUSE : RM 50 (tidak termasuk harga butang dan lubang lubang butang)




9. BAJU KURUNG KEDAH : RM 60




10. BAJU KURUNG MODEN : RM 70




11. MATA LALAT & KERANG : RM 10




12. LANGSIR JAHIT LURUS : RM 12 SEKEPING (dengan tape beli sendiri 58" X 60" )




13. BAJU JUBAH BIASA : RM 60




14. BAJU JUBAH MACAM-MACAM : RM 80




15. ABAYA BIASA : RM 50




16. ABAYA MACAM-MACAM : RM 80




17. KAFTAN BIASA : RM60




18. KAFTAN MACAM-MACAM : RM80 (ingin letak batu-batuan swarowski lain harga)
19. POLA LEHER STANDARD UNTUK BAJU KURUNG : RM15 (termasuk kos postage - express envelop)



1. Untuk datang menempah di rumah sila call Kak Khaty di 012-6100892 untuk temujanji. ATAU




2. Untuk mengirim sample baju dan kain untuk dijahit sila email untuk mendapatkan mailing address. email me at: khatysew@gmail.com




3. Harga juga bergantung pada jenis kain.




As Salam




dari..





Kak Khaty