Wednesday, February 18, 2015

PENGENALAN KEPADA KHATY SEW -kemaskini1


PENGENALAN KEPADA KHATY SEW


Assalamualaikum.

Blog Kak Khaty ini memberi khidmat tunjuk-ajar kepada anda yang ingin belajar tentang cara-cara menjahit jenis-jenis Baju Kurung dan Blouse. 

Kepada yang benar-benar berminat dan mula berjinak-jinak dengan seni menjahit sila pilih pekej yang bersesuaian dengan budjet anda. 

Langkah pertama hanya dengan memaklumkan kepada Kak Khaty  dua minggu terlebih dahulu untuk tempahan slot minggu belajar. Sistem belajar ialah one-to-one.   Tumpuan kepada pelajar akan diberikan secara terpeinci bermula dari cara-cara mengambil ukuran sehingga siap. 

Pekej-pekej istimewa lain juga ada disediakan untuk anda. Ujian selepas siap jahit akan diberikan atas permintaan pelajar  Harapan agar para pelajar tidak berkecil hati atas segala teguran membina yang diberikan. 

Akhir kata Kak Khaty ingin mengucapkan selamat maju jaya Insyaalah.




BAJU KURUNG (Sila pilih salah satu.  1x Ahad sudah memadai)
1.  Kurung Traditional (pesak buluh) - (RM150.00)
2.  Kurung Riau/Pesak Gantung - (RM150.00)
3.  Kurung Moden - (RM180.00)

BLOUSE
1.  Blouse Biasa (RM100.00)
2.  Blouse Lengan Panjang (RM120.00)
3.  Blouse Lengan Kembang/Cuff (RM150.00)
4.  Jubah Loose/Fit (RM150.00)

BAJU MELAYU (Untuk Baju Melayu Memerlukan 2XAhad)
1.  Baju Melayu Dewasa + Seluar (RM200.00)

Sila bawa baju melayu sampel dan untuk seluar dan dinasihatkan supaya mengambil ukuran sebenar model.
2.  Baju Melayu Kanak-Kanak Seluar Getah (RM100.00)
3.  Baju Raihan (RM100.00)

KEBAYA
1.  Kebaya Leher V + Kain Pleat Belakang (RM180.00)

SELUAR WANITA
1. Biasa (RM100.00)


Kursus jangka-pendek ini memberi tumpuan kepada kemahiran.  Para pelajar telah pun mempunyai asas jahitan tetapi ingin mendalamkan lagi mutu jahitan sesuatu bahagian baju.

Antara tips yang akan diajar ialah:-

1. tips-tips kemasan leher baju kurung
2. tips-tips membuat kemasan piping di baju kurung
3. cara mudah membuat kain susun baju kurung
4. rahsia kekemasan leher cekak musang
5. tips dan cara memasang zip sembunyi
6. rahsia mudah membuat kemasan pinggang kain
7. rahsia mengapa baju kurungku tidak menjongket depan
8. rahsia memotivasikan diri menyiapkan tiga pasang baju kurung dengan cepat..hanya dalam masa satu hari sahaja. Kenapa? tak percaya? Jom ke Khaty Sew lah..

Bagaimanakah cara untuk mendaftar?  Anda hanya perlu mendaftar secara menghantar email ke khatysew@gmail.com untuk menyatakan hasrat anda ingin menyertai pelajaran tips ini.

Bayaran hanya RM 35.00 untuk setiap tips yang tersebut diatas.
Tempoh Masa : 3 jam Ahad sahaja (10am - 1.00pm).  Penyediaan Dasar, memotong kain hendaklah disiapkan terlebih dahulu untuk menjimatkan masa.  Peserta perlu membawa bahan pembelajaran sendiri seperti kain, benang, gunting pembaris dsbnya. 
Cara Pembayaran dibuat sebelum klas bermula.



KAEDAH BELAJAR SEHINGGA SIAP - INTENSIF

Tempoh Program :10 jam[Ahad sahaja].
Waktu Kelas :Ahad Sahaja [10.00am - 1.00pm/ 2.00pm - 5.00pm].
Makanan : Welcome drink, light lunch dan minum petang disediakan.
Solat : Tempat disediakan

Tempat :U2-1304, Ampang Damai Condo (sila lihat Map hala-tuju dan satelite)
Jalan Wawasan Ampang 3/8A
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang
Selangor

Pendaftaran :RM20.00 dan booking minggu belajar.

Berikut ialah tajuk-tajuk utama yang akan diajar:-
1. mengukur
2. membuat pola
3. Mengunting
4. Menjahit tepi
5. Tip kemasan leher
6. Mencantum Baju
7. Menjahit cantum


Anda hanya perlu mendaftar secara menghantar email ke:



untuk menyatakan hasrat anda ingin menyertainya. Setelah disahkan kekosongan minggu silalah membuat pembayaran dan seterusnya maklumkan kepada Kak Khaty.
Bayaran: Pendaftaran : RM 20.00
Bakinya dibayar sebelum kelas bermula.
Cara Pembayaran :
Melalui : http://www.maybank2u.com.my/

No. akaun : 1- 14084-17504-8 (Khadijah Binti Abdul Mannan)

Sila call/wasup untuk keterangan lanjut di 012-6100892.

Apa lagiii..jom belajar jahit selagi masih ada waktu..

Sekian.
K Khaty

note: oleh kerana kekangan GST yang mana kesannya mengakibatkan barang-barang jahitan melambung-lambung naik harga maka Khatysew tidak lagi menawarkan pakej peralatan ALL-IN.  Maknanya pelajar seharusnya datang membawa peralatan sendiri.  Harap Maklum.
Sekian dari bilik jahit saya yang comel.