Wednesday, February 18, 2015

PENGENALAN KEPADA KHATY SEW -kemaskini1


PENGENALAN KEPADA KHATY SEW


Assalamualaikum.

Blog Kak Khaty ini memberi khidmat tunjuk-ajar kepada anda yang ingin belajar tentang cara-cara menjahit jenis-jenis Baju Kurung dan Blouse. 

Kepada yang benar-benar berminat dan mula berjinak-jinak dengan seni menjahit sila pilih pekej yang bersesuaian dengan budjet anda. 

Langkah pertama hanya dengan memaklumkan kepada Kak Khaty  dua minggu terlebih dahulu untuk tempahan slot minggu belajar. Sistem belajar ialah one-to-one.   Tumpuan kepada pelajar akan diberikan secara terpeinci bermula dari cara-cara mengambil ukuran sehingga siap. 

Pekej-pekej istimewa lain juga ada disediakan untuk anda. Ujian selepas siap jahit akan diberikan atas permintaan pelajar  Harapan agar para pelajar tidak berkecil hati atas segala teguran membina yang diberikan. 

Akhir kata Kak Khaty ingin mengucapkan selamat maju jaya Insyaalah.




BAJU KURUNG (Sila pilih salah satu.  1x Ahad sudah memadai)
1.  Kurung Traditional (pesak buluh) - (RM150.00)
2.  Kurung Riau/Pesak Gantung - (RM150.00)
3.  Kurung Moden - (RM180.00)

BLOUSE
1.  Blouse Biasa (RM100.00)
2.  Blouse Lengan Panjang (RM120.00)
3.  Blouse Lengan Kembang/Cuff (RM150.00)
4.  Jubah Loose/Fit (RM150.00)

BAJU MELAYU (Untuk Baju Melayu Memerlukan 2XAhad)
1.  Baju Melayu Dewasa + Seluar (RM200.00)

Sila bawa baju melayu sampel dan untuk seluar dan dinasihatkan supaya mengambil ukuran sebenar model.
2.  Baju Melayu Kanak-Kanak Seluar Getah (RM100.00)
3.  Baju Raihan (RM100.00)

KEBAYA
1.  Kebaya Leher V + Kain Pleat Belakang (RM180.00)

SELUAR WANITA
1. Biasa (RM100.00)


Kursus jangka-pendek ini memberi tumpuan kepada kemahiran.  Para pelajar telah pun mempunyai asas jahitan tetapi ingin mendalamkan lagi mutu jahitan sesuatu bahagian baju.

Antara tips yang akan diajar ialah:-

1. tips-tips kemasan leher baju kurung
2. tips-tips membuat kemasan piping di baju kurung
3. cara mudah membuat kain susun baju kurung
4. rahsia kekemasan leher cekak musang
5. tips dan cara memasang zip sembunyi
6. rahsia mudah membuat kemasan pinggang kain
7. rahsia mengapa baju kurungku tidak menjongket depan
8. rahsia memotivasikan diri menyiapkan tiga pasang baju kurung dengan cepat..hanya dalam masa satu hari sahaja. Kenapa? tak percaya? Jom ke Khaty Sew lah..

Bagaimanakah cara untuk mendaftar?  Anda hanya perlu mendaftar secara menghantar email ke khatysew@gmail.com untuk menyatakan hasrat anda ingin menyertai pelajaran tips ini.

Bayaran hanya RM 35.00 untuk setiap tips yang tersebut diatas.
Tempoh Masa : 3 jam Ahad sahaja (10am - 1.00pm).  Penyediaan Dasar, memotong kain hendaklah disiapkan terlebih dahulu untuk menjimatkan masa.  Peserta perlu membawa bahan pembelajaran sendiri seperti kain, benang, gunting pembaris dsbnya. 
Cara Pembayaran dibuat sebelum klas bermula.



KAEDAH BELAJAR SEHINGGA SIAP - INTENSIF

Tempoh Program :10 jam[Ahad sahaja].
Waktu Kelas :Ahad Sahaja [10.00am - 1.00pm/ 2.00pm - 5.00pm].
Makanan : Welcome drink, light lunch dan minum petang disediakan.
Solat : Tempat disediakan

Tempat :U2-1304, Ampang Damai Condo (sila lihat Map hala-tuju dan satelite)
Jalan Wawasan Ampang 3/8A
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang
Selangor

Pendaftaran :RM20.00 dan booking minggu belajar.

Berikut ialah tajuk-tajuk utama yang akan diajar:-
1. mengukur
2. membuat pola
3. Mengunting
4. Menjahit tepi
5. Tip kemasan leher
6. Mencantum Baju
7. Menjahit cantum


Anda hanya perlu mendaftar secara menghantar email ke:



untuk menyatakan hasrat anda ingin menyertainya. Setelah disahkan kekosongan minggu silalah membuat pembayaran dan seterusnya maklumkan kepada Kak Khaty.
Bayaran: Pendaftaran : RM 20.00
Bakinya dibayar sebelum kelas bermula.
Cara Pembayaran :
Melalui : http://www.maybank2u.com.my/

No. akaun : 1- 14084-17504-8 (Khadijah Binti Abdul Mannan)

Sila call/wasup untuk keterangan lanjut di 012-6100892.

Apa lagiii..jom belajar jahit selagi masih ada waktu..

Sekian.
K Khaty

note: oleh kerana kekangan GST yang mana kesannya mengakibatkan barang-barang jahitan melambung-lambung naik harga maka Khatysew tidak lagi menawarkan pakej peralatan ALL-IN.  Maknanya pelajar seharusnya datang membawa peralatan sendiri.  Harap Maklum.
Sekian dari bilik jahit saya yang comel.

Saturday, May 26, 2012

Kurung moden sulam


....dari Bandung ke Ipoh...haha...





my latest baju kurung

with simple embroidery at the neck for which I could save my time to sew the zig-zag stiches.
specially tailored for myself...



..

Wednesday, May 16, 2012

Lady in BLACK -material Lycra

Assalam..

One of my latest Abaya..

Finishing:
neck - shocking pink acrylic stone with min embroidery
brace: - close gathers

suitable for evening wear etc..










enjoy...


Friday, May 11, 2012

Serioussss.....

Assalam ...

Seluar anak kita kadang-kadang tu boleh jadi macam ini oleh kerana terrrlalu lasak disekolah.  Maka terpaksalah kita tukar zip yang baru dan jahit banyak kali supaya kukuh.

dari rupa macam ini.. sebelum





jadilah macam ni..dah siap..






Kak Khaty
11/5/2012@8.52pm

Sunday, April 29, 2012

kelas benji roll & japtart dgn Kak Lang Ton


Assalam..

Haha...kuih kuih..siapa nak order ...silakan.





Nora anak buah akak yang rajin belajar. 




gebuzz dan sedap betul japtart ini..Kak Lang kata "rasalah..rasa cepat..semua anak murid Kak Lang wajib rasa tart ini masa panas-panas.  Itulah nikmat si pembuat kuih. Umpppmm..sedapnyaaa."


Maka kita pun tak lengah lagi...kepenatan membuat casing tart terus hiang..memang sedap sampai terlupa nak snap foto bersama-sama Kak Lang.  Aduzz..



or "Japanese Tart"



Kepada Kak Lang ..
Thank you atas tunjuk ajar tidak ternilai buat kami anak-beranak. 
 Luv U Always!

Tuesday, November 29, 2011

10min tali butang

Assamualaikum w.r.t....


Sila refer entry terdahulu.

Sekarang akak akan terangkan bagaimana kita boleh buat tali butang baju kurung dengan mudah iaitu 10min saja.

RAJAH 1 - lebih kain tebuk leher jangan dibuang!



RAJAH 2 - Kita lipat bahagian kita perlu begini. Sila abaikan lining.




RAJAH 3 - Jahit ikut garisan titik-titik. Dengan mula membuka seperti sifon. Tujuan kita jahit begini supaya mudah untuk kita terbalikan tali kita nanti: 2min!



Jahit sampai hujung dengan mengambil kira lurus jahitan.


Kemudian potong bahagian yang tidak perlu seperti ini: 2min!


Ambil jarum-benang kemudian kita terbalikan bermula dari bahagian lebar terus lurutkan kain kedalam.

an

Jadi macam ini: 2min!

k

bahagian ini kita nak!..yang tak cantik kita gunting buang.



....dah jadi...rasanya tak sampai 10min.




Kalau sudi ...dan ada kelapangan cubalah.

Sekian laporan dari bilik jait akak yang comel.

Jumpa lagi.


Kak Khaty