Friday, October 22, 2010

Jubah Atie finally able to update

Assalamualaikum w.r.t...


Jubah kepunyaan Atie. Terima kasih akak ucapkan atas kepercayaan yang diberikan kepada akak untuk menyiapkan kedua-dua jubah ini.


Inginkan design jubah marjina kemudian jadilah macam ini....(maaf keromot skit sebab akak dah masukkan dalam kotak untuk dipos)




...jadilah macam ini. Diperincikan dengam dummy buttons jubah dari fabrik polyester bertambah menawan dengan sulam bukit tinggi.






Credit to RnR for the lovely ideas..akak tak pandailah macam kamu kerana masih banyak lagi yang perlu dipelajari.



Friday, July 16, 2010

Alhamdullilah...jazakallahu khairan..



Assalamualaikum w.r.t...


Syukur kepada Allah kerana telah memberi kesempatan untuk membuat banyak perkara. Tahun2010 tempahan baju meningkat dari tahun lepas walaupun sudah ditutup buat sementara untuk mengambil tempahan awal. Pepatah ada menyebut "rezki jangan ditolak" namun terpaksa ditolak juga takut tak sempat siap on-time. Banyak juga tempahan dari kawan-kawan yang sama-sama pergi memanjat Gunung Nuang hari itu. Akak dah kesuntukan masa. Namun masing-masing datang dengan membawa beberapa pasang baju untuk disiapkan.


Akak ucapkan jutaan terima kasih kepada Az, kerana telah mempromosikan akak sehingga beratur kain-kain tempahan di tepi dinding bilik jahit. Lega dihati tu ada juga sebab dia akan datang ke rumah untuk membantu menjahit-siap kain-kain yang telah akak potong. Sikap macam inilah yang akak suka. Berani dan rajin! Belajar kemudian praktik. Jangan tak datang nanti tak tertangan akak untuk menikmati bulan Ramadhan. Habislah akak kali ini jadi zombee lagi macam tahun lepas kata Az bergurau...


Kali ini mesti lebih berdislin dan merancang betul-betul schedule baju-baju yang hendak disiapkan. Sekarang dah bulan Syakban (cepatnya...), banyak lagi yang perlu disiapkan. Masa memang terhad terutama bila kita berkerja (8.30 - 5.00) dan menjahit merupakan hobi dan part-time work yang kita suka. Duduk berjam-jam di mesin jahit tidak mengantuk tetapi kalau duduk bersahaja di kerusi malas mesti terlelap jawabnya.



Kepada regular customer, yang tak putus-putus hantar kain pada akak, buat booking slot terlebih dahulu, jika kain tak sampai ketangan akak alamat akan dijahit baju pelanggan seterusnya. Kain mungkin dihantar lambat sikit mungkin kerana ingin "look-see-look-see" kain apa yang top tahun ini. Terima Kasih diucapkan kerana memberi kepercayaan kepada Blouse and Jilbab Collection.


Kapada Jo pula tahun ini akak terpaksa reject, maaflah yerr.. sebab dah tak sempat lagi untuk menyiapkan baju melayunya. Untuk Angah sepasang baju kurung bolehlah. Angah kata akak jahit sedap. Setiap tahun mesti mahu akak jahit sepasang kurung sedondon satu family untuk dipakai di pagi Syawal.





Akak mengatur kain-kain yang diterima dari customer di tepi dinding macam ini. Di dalam setiap beg tu ada lebih dari sepasang baju untuk di kerjakan. Nombor satu, dua dan tiga dari kiri baru siap potong. Hari ini nombor empat dan seterusnya. OOooooo mood jangan down!.





Kain sulam Bukit Tinggi pada gaun labuh Ati dah lama siap. Dan seterusnya akak sambung menjahit baju kurung pesak gantung untuk Natasya empat pasang lagi. Dua pasang dah siap lama. Tertangguh sebab ada customer nak baju urgent dan akak juga sempat menjahit baju untuk diri sendiri sepasang dengan awning tudung scallop untuk melaram pakai di hari perkahwinan Along Bie pada 19/6/2010.


Pada hari tersebut semua saudara terdekat mesti pakai baju warna merun. Kadang-kadang masa beli kain nak jahit baju fesyen macam tu...tetapi bila siap jadi macam ni..itulah hakikatnya si-tukang jahit.





Bila teruja melihat blog kawan-kawan sempat juga akak mencuba-buat muffin. Akak buat muffin pisang dulu. Thanks to Hanieliza tuanpunya blog for the resipi. Rupanya senang saja buat muffin. Baru kini ku tahu!. Tetapi sekarang akak ingin mencuba-buat diet muffin dengan menambah Nigella Sativa (Habbatus Sauda) sebagai bahan tambahan kapada bahan asas seperti oats, raisin dan lain-lainnya. Bijirin ini akak order daripada kenalan di fb Tini. Bolehlah buat bekal ke ofis untuk sarapan pagi. Tambahan pula telah terbukti pada diri akak sendiri semasa terkena flu hanya dengan mengambil black seeds ini boleh baik tanpa mengambil antibiotik. Rasanya pahit sikit dan mesti minum banyak air. Tak percaya?..cubalah sendiri.









Pada 16/6/2010 sempat juga akak memenuhi hobi akak yang perlu mengeluarkan keringat yang banyak. Mendaki Gunung Nuang di Pangsoon , Ulu Langat , Selangor. Rasa macam tak puas hati mendaki kalau tak sampai ke summit. Akan mendaki lagi..dan lagi..sebab seronok bila berada di atas kerana terdapat air terjun yang bersih, sejuk dan nyaman. ummmpphhhh....besttt...


More pictures here.



Kelihatan dalam foto tu akaklah yang paling last sekali. All those youngsters dah jauh ke depan tinggalkan akak. Akak jalan macam siput. Di belakang akak tu Daud, our trekking guide. Cara dia jalan selamba saja tak macam akak yang pakai tongkat kayu...takut jatuh tergelincir. Entah berapa kali berhenti kerana mengambil nafas panjang. Tercungap-cungap..mampukah aku sampai ke kem Lolo...jauh lagi ke?



Bila sampai jerr...nasib baik sempat buka kasut terus saja mandi-manda.





Sunday, April 25, 2010

Jubah kain Chiffon Sulam Bukit Tinggi for Ati

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..



Sulam Ribbon bukit tinggi pada kain chiffon jalur berwarna merah bata ini memang cantik. Petang ini on the way balik singgah kejap kedai Yan Chun untuk membeli butang salut. Akan update foto jubah siap bila free.









wasalam.
KK

Wednesday, February 10, 2010

Kurung Moden Belah tepi untuk Cikgu Aisya



Assalamualaikum w.r.t...


Kain chiffon lembut menawan
Bunga kuning zip hitam
Lengan kembang ala ketam
Buat Aisya cantik rupawan

Layanzz...






Wednesday, January 13, 2010

Pesak Gantung untuk Haryati

Assalamualaikum w.r.t...

Ada empat pasang lagi kurung pesak gantung yang sedang dikerjakan. Haryati memang suka kurung pesak gantung. Akak pun kebelakangan ini sudah pun 'tersuka' membuat baju kurung fesyen ini untuk diri akak sendiri. Kurung ini memang selesa dipakai dan menjahitnya juga jimat masa sebab tidak perlu kekek. Harapan agar akak boleh siapkan secepat mungkin kerana ada banyak lagi kain sedang menunggu.

Gambar di bawah pula menunjukan dua pasang baju kurung pesak gantung berserta skirt kurung songket dan organza berlining yang telah siap dan telah pun bertukar tangan kepada tuanpunya baju. Cantik-cantik kainnya. Terima kasih kepada Haryati kerana memberikan kepercayaan kepada akak untuk menjahit baju-baju tersebut.


.













Also Kurung Moden untuk Nana

Assalamualaikum w.r.t...

Kain Ciffon warna pink corak abstract tanpa lining. Dijahit teliti dengan leher kemasan pelapik dan lengan bercuff satu inci satu butang.





Tuesday, January 12, 2010

Kurung Moden untuk Nana

Assalamualaikum w.r.t....

Selamat tahun baru! Semoga di tahun ini anda semua bertambah ceria dan gembira selalu.
Berikut ialah sebahagian daripada gambar yang sempat akak ambil sebelum baju-baju tersebut sampai ke tangan tuanpunya baju.
Kain Ciffon nipis dan lembut berwarna kelabu. Atas permintaan Nana baju kurung moden berbelah tepi ini tidak perlu lining.