Friday, October 28, 2011

OUTTT>>STANNNDINGGG

Assalamualaikum w.r.t...

MAKLUMAN

Kepada adik-adik yang akak kasihi.

1. Semasa akak mengemaskini barang-barang jahit, kain-kain yang banyak terlonggok di atas rak dan juga di dalam kotak, akak terjumpa beberapa pasang kain yang belum di jahit. Kain-kain tersebut telah dimaklumkan oleh tuannya kepada akak tunggu dulu kerana belum pasti lagi fesyen apa nak buat dan lagi katanya kain tak busuk atau rosak. Ada juga customer yang hantar sms kepada akak untuk mengambil baju, tetapi tidak juga datang. Nombor talifon sudah bertukar. Email juga tidak berjawab. Sepi!

2. Terdapat juga beberapa pasang baju yang belum diambil. Deposit dah bayar kain di tempah sehingga enam pasang, tetapi bila baju sudah siap sepi hingga kini. Tidaklah akak mengetahui samada hendak diambil atau hendak akak simpan lebih lama lagi.

3. Ada juga yang menempah baju sehingga lapan pasang. Bila tempahan siap wang pula tidak cukupi. Ada ke minta akak letakan baju siap ke dalam kotak depan rumah tanpa menyerah tangan ke tuannya dan tanpa bayaran apa-apa hanya dengan janjinya - "bayaran dibuat secara bank-in ke akaun esok-esoklah". Banyak amaunnya walaupun selepas diskaun. Ini macam orang pun ada.

4. Akak bukanlah jenis yang suka membuang masa mengejar adik-adik supaya mengambil tempahan yang telah siap secepat mungkin. Apalah salahnya kalau beritahu akak supaya "hold" dulu melalui email atan sms.

5. Akak ingin tekankan disini bahawa telah menjadi tanggungjawab kamu untuk mengambil baju yang telah siap dijahit tersebut. Kos upah hanya pada baju sahaja. Tidak termasuk menghantar ke depan rumah.

6. Oleh itu kepada yang masih mempunyai baju "unclaim", kain "unclaim" (belum buat keputusan fesyen apa hendak dijahit, hendak akak simpan kain lama-lama atau dah tukar fikiran tidak hendak akak jahit lagi). Silalah email ke :khatysew@gmail.com untuk langkah seterusnya.

7. Bukanlah hak untuk akak mengambil atau mem"punya"kan baju dan kain tersebut. Tetapi jika sudah lama tersimpan sehingga empat lima tahun sampai ruang nak letak barang pun tidak cukup menjadi hak akak untuk membuat sesuatu kepada baju dan kain tersebut. Hendak buat apa yerr???

8. Tempoh. Akak memberi tempoh sehingga hujung tahun ini iaitu...31/12/2011. Selepas daripada itu akak minta maaf banyak-banyak. Segala pertanyaan pasal baju atau kain tersebut tidak akan dilayan. Akak tak rugi apa-apa.

9. Sebenarnya bagi akak menjahit merupakan hobi yang paling akak suka. Tetapi tidaklah sehingga ianya menjadi sesuatu yang melalaikan kita.

Sekian lapuran dari bilik jahit ..


Kak Khaty



suka bilik jahit ni..suka..suka..suka!



http://bendingpins.com/2011/01/01/sewing-revealed/

No comments: